Rabu, 13 Julai 2016

Automatic Robot Vacum Cleaner

Dah lama mencari maklumat pasal alat ni...
Macam best jer bila dengan orang bercerita tentang "Bibik Moden" ni

Bibik Moden
Teknologi Jepun , tapi made in Malaysia. Harganya juga berpatutan. Bateri perlu dicaj selama 12jam pada kali pertama penggunaan. Memudahkan kerja kerana dapat memvakum selama 2jam dan akan balik sendiri ke dock untuk di caj semula baterinya selama 3 jam. Pandaikan? Kalaulah handset, kamera, laptop pun pandai macamtu kan senang....

Ia mempunyai sensor untuk mencari dock, tidak jatuh tangga atau masuk bilik air. Dalam masa 2 jam tu, sambil kita buat kerja lain, dia akan merayau-rayau di dalam rumah sambil menyedut. Kalau agak-agak dah bersih walaupun belum sampai 2 jam kita boleh remote untuk suruh dia balik ke dock untuk dicaj semula. Dia akan mengundurkan diri ke dock, recaj dan duduk senyap sehinggalah kita operate dia semula. Mudahkan???

Tapi dia tak pandai nak buah habuk yang divakum sendiri. Kita yang perlu membuangkan habuk-habuk yang terperangkap dalam bekasnya. Selain dari memvakum, dia ada 4 lagi fungsi tambahan seperti mengemop, sanitize kuman sebab ada infra red, purify udara dan auto cleaning.



Credit to :
http://mycikgukita.blogspot.my/2011/02/automatic-robot-vacum-cleaner.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan