Proses Reka Cipta

A. PENGENALPASTIAN MASALAH

Mengenalpasti dan Menganalisis Masalah 

Sebelum membuat sesuatu reka ciptaan, masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan difahami secara mendalam. Ini bagi memudahkan seorang pereka cipta untuk memecahkan masalah yang besar kepada masalah yang lebih kecil dan mencetus idea baharu.

Pernyataan Masalah 
  • Masalah yang dinyatakan perlu menunjukkan situasi yang bermasalah dan keperluan individu yang terlibat.
  • Perlu menjelaskan kesan dan akibat buruk masalah tersebut.
  • Situasi boleh merangkumi beberapa aspek seperti berikut:
                          1. Tempat
                          2. Masa
                          3. Keadaan fizikal (suhu, ruang, berat, kelajuan)
  • Menerangkan individu yang mengalami masalah itu. Ini boleh merangkumi aspek-aspek:
                         1. Latar belakang (kerjaya, saiz keluarga, lokasi kediaman, kewangan)
                         2. Jantina
                         3. Peringkat usia (remaja, orang tua)
                         4. Keadaan kesihatan / fizikal
                         5. Bangsa dan kebudayaan
                         6. Agama
  • Menyatakan kesan atau akibat yang disebabkan oleh masalah itu. Kesan atau akibat boleh melibatkan aspek:
                          1. Kesihatan
                          2. Keselamatan
                          3. Pembaziran (Masa, wang, tenaga, bahan)
                          4. Sosial dan budaya
                          5. Mental dan emosi
  • Contoh pernyataan masalah adalah seperti:
           Contoh 1
  
         Pak cik saya merupakan seorang pengarah urusan sebuah syarikat pelupusan bahan-bahan terbuang yang terdiri daripada bungkusan plastik, kertas, botol kaca, tin aluminium dan lain-lain. Semasa melakukan proses pelupusan bahan-bahan terbuang ini, pekerja-pekerja syarikat sering merungut untuk melupuskan tin aluminium yang banyak dengan menggunkan tukul besi. Ini mengakibatkan pekerja-pekerja syarikat pak cik saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan proses pelupusan tin-tin alumunium tersebut. Mereka juga mengadu sakit-sakit badan dan tangan setiap kali melakukan aktiviti tersebut.           Daripada situasi di atas, masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja syarikat pak cik saya ialah sukar melupuskan tin-tin aluminium dengan cepat, mudah dan berkesan.

         Contoh 2 

          Pada cuti semester yang lalu, saya telah bekerja sambilan di sebuah restoran milik pakcik saya di Johor Bharu. Suatu hari pakcik saya meminta saya agar membersihkan dapur gas di dapur yang telah kotor setiap kali sebelum menutup restoran.
          Setiap kali saya membersihkan dapur masak tersebut, saya perlu menyental dengan menggunakan jaring dan span kasar yang diletakkan sabun agar dapat menanggalkan kotoran yang melekat pada dapur tersebut. Setelah itu saya perlu mengelap dengan kain yang dibasahkan dengan air agar tidak memasuki lubang-lubang dapur masak yang boleh menyumbat lubang gas keluar. Situasi ini mengakibatkan saya perlu mengambil masa yang agak lama dan juga tenaga sehingga saya menjadi teramat letih setiap kali pulang dari restoran.

          Berdasarkan dari situasi di atas, masalah yang sering saya hadapi adalah sukar untuk membersihkan dapur gas dengan cepat dan berkesan tanpa menggunakan terlalu banyak tenaga.

Pengumpulan Data

Data yang dikumpul amat perlu bagi membuktikan bahawa masalah yang dinyatakan wujud dan perlukan penyelesaian.

Kaedah Pengumpulan Data

  • Kaedah pengumpulan data / maklumat boleh dilakukan melalui
- Pemerhatian
  • Memerhati suatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan masalah yang dikaji:
       a) Mengenal pasti tempat / lokasi / masa untuk membuat pemerhatian
       b) Mencatat maklumat yang relevan, jika perlu ambil gambar
       c)  Lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di beberapa tempat

- Soal selidik
  • Menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik
  • Aktiviti yang perlu dibuat ialah:
        a) Menyediakan borang soal selidik
                         - mudah dan tepat
                         - gunakan jawapan soalan yang berbentuk ya/tidak, betul/salah
                         - soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka ciptaan sedia ada yang dikenalpasti
        b) Menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama banyak boleh memberi maklumat yang lebih tepat.
        c) Mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan.
        d) Menganalisis maklumat yang diperoleh.

- Temubual
  • Bertemu secara langsung dengan responden dan mengemukakan soalan secara lisan.
  • Aktiviti yang perlu dibuat ialah:
       a) Mengenalpasti responden
       b) Menetapkan masa, tempat dan tarikh temu janji
       c) Menyediakan soalan yang berkaitan
       d) Merekodkan jawapan responden ke dalam buku idea / pita rakaman / rakaman video
- Pengalaman sendiri / orang lain

- Kajian daripada artikel, jurnal dan lain-lain


Persembahan Data atau Maklumat

  • Persembahan data dan maklumat boleh ditulis dalam bentuk
      - Jadual
      - Carta
      - Graf
      - Senarai

Menyatakan Masalah Dengan Jelas

  • Perlu ada kata kunci untuk menyatakan masalah dengan jelas.
  • Contoh kata kunci yang boleh digunakan
       - susah                        - membazir wang, masa dan tenaga
       - lambat                      - tidak tahan lasak
       - bahaya                     - tidak tepat
       - sakit                         - tidak peka
       - penat

Huraian Data




  • Mesti tepat dan jelas
  • Perlulah merangkumi perkara-perkara seperti berikut
       - Peratus dapatan kajian
       - Kaitannya dengan masalah yang dikaji
       - Perlunya penyelesaian kepada masalah yang timbul
       - Semua perkara yang dikaji hendaklah mempunyai kaitan                  antara satu sama lain.

Rumusan Masalah

  • Mestilah  dinyatakan dengan jelas dan dapat menyokong bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud


B. PENJANAAN IDEA

Kebolehan individu menjana pelbagai idea baharu samada secara semulajadi atau terancang

Pencetusan idea secara semulajadi

  • Imaginasi
  • Bakat (anugerah Tuhan kepada manusia)
  • Pengalaman sendiri atau orang lain


Pencetusan idea secara terancang




  • Pemerhatian
  • Teknik Berfikir seperti :
       - pemikiran logikal (vertikal)
         Betul dan dalah dari segi logik dan kenyataan hidup sebenar

       - analitikal
         Individu tersebut menganalisis masalah dengan cara memecahkan masalah yang besar     
             kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya mudah ditangani.

       - kritikal
         Digunakan untuk mengenalpasti kesilapan, kelemahan, kekurangan dan kesalahan pada 
             sesuatu idea atau cadangan. Lebih berfokus kepada hasrat untuk membuktikan bahawa idea 
             itu salah

       - intuitif
              Lahir dari hasil cetusan hati atau mengikut gerak hati atau naluri.

       - sumbangsaran
              Teknik yang diamalkan secara berkumpulan.
              Terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
              a) Mengenalpasti, merumus dan mempersetujui pernyataan masalah yang sama
              b) Mencari atau memperbanyakkan idea.
              c) Menilai pelbagai alternatif untuk menentukan pelbagai penyelesaian yang sesuai

       - lateral
              Bersifat generatif yang bertujuan menerbitkan suatu perubahan baharu dan berlainan       
              terhadap sesuatu masalah.

       - kreatif
              Keupayaan mengubah idea dan persepsi lama kepada yang baru
 

C. PEREKAAN PROJEK

  • Proses lakaran awal atau perkembangan reka bentuk yang diadaptasikan.
  • Proses mensintesis atau percantuman idea-idea yang lebih kreatif, inventif dan inovatif.
  • Lakaran perlu mengambil kira faktor-faktor seperti bahan, fungsi, teknik pembuatan, mekanisma, estetika dan faktor lain yang berkaitan.
  • Lakaran perlu di buat dalam bentuk 3D dengan pelbagai gaya dan sudut pandangan yang berbeza bagi memudahkan pereka memahami, melihat dan menilai konsep rekaan mereka seterusnya membuat pengubahsuaian.
  • Contoh lakaran

















D. PEMILIHAN REKA BENTUK

  • Pemilihan terbaik perlu dibuat bagi menentukan reka bentuk akhir yang dapat memenuhi kehendak atau kriteria reka bentuk.
  • Pemilihan adalah berdasarkan:
       - kesesuaian bahan
       - teknik pembuatan
       - fungsi
       - ergonomik
       - mesra pengguna
       - nilai komersial
       - keselamatan
       - nilai estetika
  • Memilih sistem yang sesuai digunakan dalam projek yang hendak dibuat.


E. PERANCANGAN PEMBINAAN MODEL BERFUNGSI ATAU PROTOTAIP



Sumber Rujukan:

1. Buku Sumber Reka Cipta Tingkatan 4 dan 5 (2002)
2. Buku Teks Reka Cipta KBSM Tingkatan 4 dan 5 (2007)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan