Rabu, 30 September 2015

Bengkel Bijak RC

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) 2015

Bengkel Bijak Reka Cipta Peringkat PPD, Alor Gajah Bagi Program Transformasi Daerah (DTP) Tahun 2015

Tarikh   : 30 September 2015 (Rabu)
Masa        : 8.00 am – 5.00 pm
Tempat   : Bilik Tayang, SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah
Penceramah           : En Zainal b Ali (JU Reka Cipta Kebangsaan)
Sekolah yang terlibat      :
                           1.   SMK Ghafar Baba
                           2.   SMK Lubok China
                           3.   SMK Dato’ Dol Said
                           4.   MRSM Alor Gajah

LAPORAN AKTIVITI

Pendaftaran dan taklimat ringkas oleh En. Molkan b Mohamad Yusof, Ketua Pentaksir Negeri Melaka juga merupakan GKMP Teknik Vokasional SMK Ghafar Baba selaku tuan rumah Bengkel Bijak RC.

Taklimat ini telah diberikan oleh En Zainal b Ali dari SMK Datuk Bendahara yang merupakan JU RC Kebangsaan.

Beliau tlah memberikan tugasan yang pertama kepada peserta iaitu membina peta minda berdasarkan tajuk-tajuk yang terdapat dalam silibus Reka Cipta.

Setelah itu beliau membincangkan tentang kesalahan-kesalahan yang kerap dibuat oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan.

Aktiviti di tambah lagi dengan memberikan beberapa latihan kepada setiap peserta menggunakan set-set soalan RC SPM sebenar yang telah keluar pada tahun-tahun lepas dan membantu peserta yang kurang faham tentang kehendak soalan tersebut.





Penutup
Adalah diharapkan agar “Bengkel Bijak RC” ini dapat diteruskan dan dibuat setiap tahun bagi meningkatkan prestasi RC calon-calon SPM daerah Alor Gajah.


Isnin, 21 September 2015

Bengkel Teknik Menjawab PT3 Subjek KHB - Pilihan Teknikal

Hmmmmm.....
Mesti heran mengapa saya share status pasal ni kan?
Bagi saya....disebabkan subjek KHB di bawah bidang Teknik dan Vokasional, jadi...tak salah kan kalau kita kongsikan nyer...
Lagipun..pelajar-pelajar ni juga bakal mengambil subjek RC apabila mereka dah tamat PT3 nantikan?
Kiranya ni sebagai permulaan buat mereka sebelum lebih mengenali subjek Reka Cipta kelak...
Senang sikit cikgu nak ngajar nanti...




Ni saya sharekan beberapa pic pagi tadi.... Maaf ye... Hanya pilihan Kemahiran Teknikal je yang saya share di sini. Sebab....biasanya pelajar nilah yang bakal ambil RC tahun depan tapi tak semua lah ye.... Cekgu2 yang pic nyer tak ada d sini...harap maaf ya... Pic mamarazi pun x do..... huuuuuu
Sempat juga GKMP Bidang Teknik dan Vokasional iaitu Pn Hjh Hadijah Sabtu, datang tadi bagi semangat pada cekgu2 KH sebelum kelas bermula.
Tahniah buat cikgu Zulkifli Taib dan cikgu Zaifulnizam Ahmad yang telah menjadi penceramah sepanjang program ini tadi.
Sangat cemerlang.
Semoga anak2 SMKLC akan berjaya dalam PT3 kali ini... Amin... InshaAllah




Rabu, 16 September 2015

Program Hari Koku 2015

Tahun ni pada 10 September 2015, buat pertama kalinya tiada pameran sempena Sambutan Hari Koku2015 dari Mata pelajaran Bidang Teknik & Vokasional. Dengan erti kata lain, Panitia Reka Cipta yang berada di bawah Bidang Teknik & Vokasional tidak terlibat dengan sebarang pameran. Ini kerana tahun ni Pasukan Beruniform pula yang kena buat pameran. Yihaaaaa!!!!! Jadi aku fikirkan benda yang dah lama aku fikirkan selama ini. Nah.....

Aku buka Photo Booth di bawah Panitia Reka Cipta. Saja suka-suka bagi menarik minat pelajar-pelajar SMKLC untuk serlahkan kreativiti mereka. Rekaan tapak Photo Booth ni adalah hasil kreativiti anak-anak SMKLC. Terima kasih pada Nurhazlina Zin Abdullah, Nursyahidatulhuda Zaffri, Balqis Wahab, Nuraini dan Shamsiah Kasim yang banyak membantu dalam menjayakan projek ini.


Nak tahu kisah lebih lanjut tentang peristiwa sepanjang program ni, bolehlah klik url ni..... http://blogsmklc.blogspot.my/2015/09/kemuncak-hari-kokurikulum-10-september.html

Terima kasih....