Rabu, 27 April 2016

i-Think : 8 BENTUK PETA PEMIKIRAN

i-Think : 8 BENTUK PETA PEMIKIRAN

i-THINK bermaksud Innovative Thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan
dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang
kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM)
sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin
menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan,
tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan
untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta
memupuk  kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual
yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal
usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.


1. Peta Bulatan / Circle Map
Picture
Thinking process: Defining in Context
(Proses pemikiran :Mendefinisikan mengikut konteks) 
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu 
tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Peta Buih / Bubble Map.
Picture
Thinking process: Describing using adjectives
(Proses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif) 

Bubble Map ialah alat yang digunakan untuk memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau 
menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Peta Buih Berganda / Double Bubble Map.
Picture
Thinking process: Compare and Contrast
(Proses pemikiran: Banding beza) 
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.
4. Peta pokok / Tree Map
Picture
Thinking process: Classification
(Proses Pemikiran: Membuat pengelasan)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasi bahan atau idea. Sebagai contoh; ambil sebahagian daripada 
sesuatu tajuk atau cerita dan kelaskan sebab utama sesuatu keadaan atau situasi.
5. Peta Dakap / Brace Map.
Picture
Thinking process: Part-whole relationship
(Proses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek.
 Garisan pada bahagaian kedua ialah bahagian utama. Contoh penggunaan adalah untuk menentukan bahagian dan 
subbahagian sesebuah mikroskop.
6. Peta Alir / Flow Map
Picture
Thinking process: Sequencing
(Proses Pemikiran: Urutan)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu. Contoh penggunaannya ialah dalam langkah-langkah 
untuk penyelesaian masalah.
7. Peta Pelbagai Alir / Multi Flow Map
Picture
Thinking process: Cause and Effect
(Proses Pemikiran: Sebab dan akibat) 
Multi-Flow Map digunakannuntuk menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat 
yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab 
peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.
8. Peta Titi / Bridge Map
Picture
Thinking process: Analogies 
(similar relationships, finding relating factors (RF))
(Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan) 

Bridge Map memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan 
faktor penghubungan. Sebagai contoh : “ Pilih dua orang pemimpin dan hubungkan mereka dengan 
kemajuan atau konflik semasa pemerintahan masing-masing.

Credit to :

1 ulasan: