Rabu, 30 September 2015

Bengkel Bijak RC

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) 2015

Bengkel Bijak Reka Cipta Peringkat PPD, Alor Gajah Bagi Program Transformasi Daerah (DTP) Tahun 2015

Tarikh   : 30 September 2015 (Rabu)
Masa        : 8.00 am – 5.00 pm
Tempat   : Bilik Tayang, SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah
Penceramah           : En Zainal b Ali (JU Reka Cipta Kebangsaan)
Sekolah yang terlibat      :
                           1.   SMK Ghafar Baba
                           2.   SMK Lubok China
                           3.   SMK Dato’ Dol Said
                           4.   MRSM Alor Gajah

LAPORAN AKTIVITI

Pendaftaran dan taklimat ringkas oleh En. Molkan b Mohamad Yusof, Ketua Pentaksir Negeri Melaka juga merupakan GKMP Teknik Vokasional SMK Ghafar Baba selaku tuan rumah Bengkel Bijak RC.

Taklimat ini telah diberikan oleh En Zainal b Ali dari SMK Datuk Bendahara yang merupakan JU RC Kebangsaan.

Beliau tlah memberikan tugasan yang pertama kepada peserta iaitu membina peta minda berdasarkan tajuk-tajuk yang terdapat dalam silibus Reka Cipta.

Setelah itu beliau membincangkan tentang kesalahan-kesalahan yang kerap dibuat oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan.

Aktiviti di tambah lagi dengan memberikan beberapa latihan kepada setiap peserta menggunakan set-set soalan RC SPM sebenar yang telah keluar pada tahun-tahun lepas dan membantu peserta yang kurang faham tentang kehendak soalan tersebut.





Penutup
Adalah diharapkan agar “Bengkel Bijak RC” ini dapat diteruskan dan dibuat setiap tahun bagi meningkatkan prestasi RC calon-calon SPM daerah Alor Gajah.


1 ulasan:

  1. Alhamdulillah...
    Selesai sudah bengkel bijak Rc di bawah anjuran Program Transformasi Daerah (DTP).
    Terima kasih tidahk terhingga buat penceramah jemputan iaitu En Zainal b Ali juga selaku JU RC Kebangsaan dan juga En Molkan b Md Yusof (JU RC Negeri) dan juga merupakan tuan rumah kerana telah menyediakan ruang tempat yang cukup selesa bagi menampung peserta program yang hampir seramai 80 orang. Semoga program seperti ini dapatlah diteruskan pada masa akan datang.
    Terima kasih sekali lagi buat semua yang terlibat.

    BalasPadam